
![]() |
Nikah erti sebenar
Thursday, January 26, 2012 | 7:12 PM | 0 candie blossom
Where do rainbows end
Thursday, December 15, 2011 | 3:44 PM | 0 candie blossom
They don't really end anywhere! In fact , if you were in a plane and looked down at a rainbow , you'd see a circle of color . We see rainbows when the sun shines on falling raindrops.The rainbows reflect colors . As the sunlight passes through the raindrops , it splits up into bands of color . BEAUTIFUL COLORS The colors of a rainbow are always in the same order
RAINBOW MAGIC In Ireland , people used to say there was a magic pot of gold at the end of every rainbow . But of course you can't find the end of a rainbow - so , no one will ever know if it's true or not ! Mengapa kita perlu belajar
Friday, November 25, 2011 | 4:15 PM | 0 candie blossom
A ) Supaya kita dapat mencapai kejayaan .B ) Supaya masa hadapan yang cerah . C ) Masa depan terjamin . Dan yang paling penting , Dapat membalas jasa guru . Mengapa Perlu Jadi Menarik .
Thursday, November 24, 2011 | 6:57 PM | 0 candie blossom
"Sesungguhnya kami menjadikan manusia itu dengan sebaik kejadian . " Akan tetapi dalam kesibukan kita dalam menangani isu di sekolah , universiti , kolej ,pejabat , antara keluarga serta masyarakat , kita kadangkala terlupa yang kita mempunyai daya tarikan yang unik .
Apakah kepentingan daya tarikan ini ? Ada ribuan jawapan kepada soalan ini .
Wednesday, October 19, 2011 | 1:26 PM | 0 candie blossom
Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan: 1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut. 2. Read More Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa: 1. kita ingat 10 % apayang dibaca 2. kita ingat 20% apa yang didengar 3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat 4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan 5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan 3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan. 4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah). ...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.... 5. Belajar dalam persekitaran kondusif. 1. pastikan cahaya adalah terang 2. kurangkan gangguan bunyi 3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar 4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran 5. kerusi dan meja menghadap kiblat 6. jangan lupa untuk senyum 6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan. 7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan. 8. Tahu teknik merangsang memori: 1. memasukkan maklumat dalam memori (registration) 2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention) 3. mengingat kembali (recall) 4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application) 9. Sentiasa awal dan mendahului: 1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru. 2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya. 3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan. 4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar. 10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru. 11. Mempunyai teknik membaca yang betul: 1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul 2. memberikan tumpuan sepanuhnya 3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca 4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan 12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas. 13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan. 14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih. 15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji. 16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa. 17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar). 18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan. 19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan. 20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali. 21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa. 22. Tahu petua mengulang kaji 1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita 2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna 3. duduk tegak dikerusi yang selesa 4. baca doa penerang hati 5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul 6. fikir dan ingat kembali isi utama 7. catat/lakar 8. semak semula ketepatan maklumat 9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain 10. buat rumusan 11. jawab soalan 12. tampal maklumat yang rumit di dinding 13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar 23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya. 24. Tahu petua-petua agar tidak lupa: 1. jangan makan kepala ikan 2. jangan makan organ dalaman 3. jangan minum semasa makan 4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut 5. jangan melihat kemaluan 6. jangan melihat buih 7. jangan membaca nama pada batu nisan 8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain 9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu 10. banyakkan makan kekacang 11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan 12. jangan makan sehingga terlalu kenyang 13. jangan kencing berdiri 25. Tahu kemahiran mengingat: 1. tampal nota-nota penting di dinding 2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah 3. gunakan kaedah akronim 4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat 5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil 26. Cekap mengatur jadual belajar: 1. mempunyai jadual belajar 2. patuh kepada jadual 3. buat jadual yang boleh diikuti 27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar. 28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif. 29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar. 30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa. 31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas). 32. Pelbagaikan tempat belajar. 33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham 34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya. 35. Ciri-ciri pelajar cemerlang: 1. taat kepada Allah 2. mendirikan sembahyang 3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka 4. hormati & sayangi guru 5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan. 6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari 7. membantu rakan yang memerlukan 8. berdoa dan bersyukur kepada Allah 9. sentiasa bertawakal 10. mahir dalam setiap mata pelajaran Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :) Credit to : Tips Pelajar Cemerlang Pelajaran sebuah Kehidupan.
Friday, September 30, 2011 | 11:31 PM | 0 candie blossom
adab belajar.
| 11:27 PM | 0 candie blossom
BIDANG-BIDANG ILMU.
| 10:47 PM | 0 candie blossom
Ilmu alam
Ilmu sosial
Ilmu terapan
Tips Menghafal
| 6:40 PM | 0 candie blossom
Cara untuk dapat menghafal dengan cepat antara lain adalah :1. Panca Indera Dengan menggunakan kombinasi
2. Membuat Kesan Buatlah kesan objek yang akan membuatkan kita ingat secara imaginasi berlebih-lebihan . 3. Mainkan Emosi Dengan menggunakan kesan dari perasaan hangat, perasaan yang membuat jantung kita berdegup kencang dan memancarkan kebahagiaan, akan membantu memori kita. 4. Imaginasi dan Asosiasi Gunakanlah asosiasi dan imaginasi peribadi kita seperti anggota-anggota keluarga kita, rumah kita, pejabat, teman-teman, peristiwa, dan hal-hal yang istimewa bagi kita. 5. Password Buat password untuk bahagian-bahagian tersebut dan jadikan keyword untuk mengingat bahagian-bahagian lain. Tips menghadapi peperiksaan
Wednesday, September 28, 2011 | 1:18 PM | 0 candie blossom
Terdapat beberapa tip sebagai persediaan menghadapi peperiksaan yang bakal dihadapi nanti. Tip ini di ambil dari akbar berita harian untuk pekongsian kita bersama. Antaranya ialah : 1. Semak jadual Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan. Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari. 2. Kunci peperiksaan Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan. Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan. 3. Tentukan keutamaan Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua. Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon. 4. Banyak mengingat dan membuat kaitan Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran. Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan. 5. Merancang persiapan peperiksaan Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan. a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan. Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari. Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit. Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan. Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu. Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda. Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan. Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah. b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah. Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan. Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya. Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang. Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian. Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir. Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda. c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah. Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir. Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan. 6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan. 7. Berdoa dan bertawakal Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan. Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti. |